Saturday, December 6, 2008

Shepherd Pie

hehehe..shepherd pie.. hasil mengendap kat dapur hazila.. anak2 suka lak mkn pie ni.. hazila punyer tekak international.. takut muak so ubahsuai sikit ikut tekak jawa world ..frust gak tak dpt carik mozarela cis tu..rasa dah 2 x gi Cre4 cari tak da.. so guna lah cis yg ada dlm esbox tu..

Bahan-bahan (Inti )
250 g daging kisar
2 biji bwg besar(dadu)
3 ulas bwg putih(cincang halus)
3 sudu sebuk kari
Sedikit mushroom, mix vegi n capsicum.
Sedikit garam

Topping (mcm buat mashed potato)
5 biji kentang direbus n dilecek
4 sudu butter
Sedikit fresh milk
Mozarella Cheese

Cara-cara
1. Goreng bawang sampai agak layu.
2. Masukkan serbuk kari yg dibancuh sedikit air.. tumis hingga berbau wangi
3. Masukkan minced beef, goreng agak2 nak kering..
4. Masukkan cendawan dan sayuran2an lain. Perisakan. Ketepikan..
5. Letak inti dlm loyang kemudian mashed potato, taburkan mozzarella cheese Bakar dlm oven atau microwave untuk keringkan kentang dan cair kan cheese. (180C 30 minit)

Friday, December 5, 2008

Blueberry Cheese Cake

first time buat bluebery cis kek ni.. cis kek banjir.. sepatutnye kena tapis buah bluebery tu..tak ler jadi melimpah2 cam tu.. tak sabo punye pasal..abis 1 tin blubery ku turap atas kek ni.. bila snap pic.. gelap lak.. cam blackout..hehehe...tak apelah kali pertama menurap.. aimman kata oreo cis kek lagi sedap.. ikut tekak mmsing ler.. tekak tukg buat sedap jerk.. resepi dr resepi.net oleh chef hanieliza.. TQ kak liza.. berkongsi rspi..ni rspi angkut dari situ..

Sumber : Hanieliza

Bahan A -Base Biskut
120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter

Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.

Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling

Topping
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek atau dalam tin dari supermarket. ]

Cara
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.
5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
13. Letakkan topping blueberry sebagai hiasan dan boleh dihidangkan.

Kad Raya dr Intan

2 hr lagi dah nak raya haji.. sekejap jer masa beredar..umur bertambah.. kad dari Intan sekeluarga.. Terima Kasih Intan atas ingatan..untuk semua juga diucapkan selamat menyambut aidil adha..

Thursday, December 4, 2008

Roti Nasi

aaaaaaaaa.. roti nasi.. kes terliur tgok kegebuan roti ni di dpur dik ina tu.. naper pulak lak akak nyer ni .. mengerutu tak licin cam dik ina nyer.. mcm nak kene gi facial kat salon jerk.. tak pe lah yg penting kelembutannye.. mmg kelass gitu..ni guna kudrat BM.. lain ghupa dgn org yg guna lengan tu.. dik ina kau jgn pi show off akak nyer roti kat HB hang tu.. silap hr bulan kau tak merasa BM tu lak.. hehehe.. tak tauleh camna adunan ni jadi lembik n agak susuh nak mmbulatkannye..mgkin silap masa menyukat bahan..apapun suka tgok masa roti ni naik.. rspi ni angkut dr rmh dik ina ..tuan rspi asal ros@onigiri TQ ros..berkongsi rspi ni..

Bahan-bahan
80 gram nasi putih
100 ml air
250 gram tepung roti
60 ml susu segar
4 gram dry yeast
2 sudu besar gula
20 gram butter atau marjerin
1 sudu kecil garam
Cara-cara
1. Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.
2. kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.
3. masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.
4. rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
kemudian terap doh memanjang dan lipat 3
5. letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.(hana bakar suhu 180-23minit)
6. keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.
sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner.

Wednesday, December 3, 2008

Bubur Nasi..

Virus bubur dah merebak ke BP.. kebetulan syamira demam n kekononnyer cam tak lalu mkn.. sebenornya tekak ibu dia yg lebey2.. terliur tgok sambal tumbuk ikan bilis kat dpur dik ina n masz tu.. so msk bubur ni tak bubuh ayam pun..tak de ler tu..lum gi beli blanja dapur lagi..jumaat ni kot..coz esok kene standby kat skool.. yg penting ada smbal tumbuk tu.. aksesori yg lain tu..goreng sosej n telor masin n bwg greng, males nak greng kcng.. belash jer kacang botak tu.. Bubur tuh hanya boh kuib ayam seteng, halia, sedikit susu sejat n garam..

Kacang Botak

Dah lama tak buat kacang botak ni.. plan nak buat masa raya ari tu.. tak mnjadi.. dah 2 bln kcg ni dlm esbox sib baik elok lagi..
Bahan2
400 g kacang tanah dibersihkan..tak perlu basuh.
2 cwn tepung gandum
1 biji telur
5 sudu gula
1 sk esen vanila
sedikit garam

Cara2
1. Pukul telur n gula hingga gula hancur.
2. Masukkan kcg dlm 2 loyang (bahagi sama byk)
3. Letakkan 1 sb adunan telur dlm loyang n shake loyang sehingga kacang disaluti telur.
4. Buat cara yg sama untuk loyang ke 2
5. Masukkan 2 sb tpung gandum dlm loyang n shake loyang hingga kacang disaluti tepung.
6. Ulangi langkah 3 dan 5 untuk kedua2 loyang.. sehingga telur n tepung habis..
7. Setelah siap goreng kacang hingga msk.
Kacng disaluti telur, kacang disaluti tepung 1st round n kacang sblm digoreng..

Johnny's ....

Mkn2 di Johnny's.. dah lama berjanji nak belanja hudah n sham ni..konon2 sempena naik darjat hehehe ... hrap2 pas ni dpt naik darjat lagik.. apa pun SyukurAlhamdullilah atas nikmat yg dilimpahkan..smga diri ku ini tak bongkak n lupa diri.. jauhkan.. amin.. n dah berapa kali postpon..so ari ni mcm last offer pas ni klau tak jadi gak..cam tak laku lah duit den ni..
Johnny's ni buka jam 11am.. kul 1045 kitaorg dah smpi.. kita org ni jenis perut branch.. breakfast jamak lunch so mkn nasik ler pagi2 ni.. cam bru balik noreh..kebuluran.. layan steamboat.. sosnyer mmg sedap..rasa nak tanya jer camna buat sos steamboat ni..ada sikit2 rasa daun ketumbar.. smpai geleng2 kepala menghirup kuah...
Thailand Pnaple Rice , Hot Spicy Rice, Thai BBQ Beef Rice n Mixed Dessert.. licinnnn...

Tuesday, December 2, 2008

Kek Kukus Raisins

Mencuba rspi kak fida di MYR.. rspi asal menggunakan hawflakes..tak smpt nak mencari asam duit tu so belasah jer apa yg ada dlm esbox.. mudah mnyediakannya n rasa nya mmg sedap 10/10.. tekak aku ler..raya haji nnti nak buat lagik.. baru belajo nak melapis so tebal gedabak ler jadiknyer.. pas ni kene berguru lagi dgn kak fida.. TQ kak fida for this rspi.. cambiasa rspi copypaste jer rspi asal..ampunn kak fida.. n ada sedikit ubahsuai..

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )
5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
225 g gula halus ( 200 gm.)
220 g tepung gandum* ( guna tepung naik sendiri)
1 sk rata baking powder* (tak letak)
1 sb ovalette
150 ml susu cair
1/2 sk garam
100 ml minyak jagung/masak ( butter 125 gm dicairkan)
1 sk esen vanilla
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka (hijau)
secukup hawflakes (guna raisins)

Cara-cara
1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
3.Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
4.Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.

5.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
Pesanan kak fida..***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
6.Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.


Monday, December 1, 2008

Akhirnya...hahaha...

Cuti kali ni mmg rasa tak bersemgat nak berjln..tapi mengenangkan anak2 yg buzy nak berholiday so layannnn jer lah kehendak anak2.. final plan selepas meeting dgn anak2.. Khamis/Jumaat ke Gng Ledang Jumaat/Sabtu ke Melaka Sabtu/ Ahad ke KL...hajat nak berkelah ke pantai di reject coz syamira dah serik pernah smpi back to skool 'sun burn" masih tak ilang lagik..
Kali ni main redah je tak da booking...ke Resort Gng Ledang.. klau tak da bilik plan terus cari hotel di Melaka.. Alhamdullilah ada.. bilik deluxe - family RM 200 disk 20% n breakfast 2 org.. bilik besar n selesa.. 2 hari di sini puas anak2 berendam air...

swimming pool pun ada..

Jumaat petang terus ke Melaka...nak ke zoo hr dah petang.. nnti byk nyamuk lak... cuaca pun tak berapa baik cam nak hujan.. so melepak n makan2 di Mahkota Parade n sempat ke JayaJusco..soping la sikit2...
Pagi sabtu gi jln2 ke Zoo Melaka..dah byk perubahan di sini rupanye... dah tua2 ni kene ler naik tram..
Pas tu parking kete berhampiran Dataran Pahlawan n ronda2 di sekelilingnyer.. penattttt...

Di Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka yg belum siap... nnti bila siap boleh dtg lagi...
Muzium Samudera
sebelah kota A Famosa n.. terlupa muzium apa tah...
bangunan Menara Taming Sari ..lupa lak nak snap pic menara taming sari tuh...Rm 10 dewasa n RM 7 kanak2.. Eye on Msia pun ada di Melaka ni.. tak sempat nak gi jer... plan nak ke KL ditangguhkan hahaha.. bdan pun dah penat n rasa panasssss cam nak demam.. kurang minum plain water ler ni...

Ahad, sebelum balik ke BP sempat ke jemputan kawin umah 'adik' .. di Kg Balik Batu. Melaka .. yg baru ku lihat di sini ialah cara org melaka menerima 'becehan' / salam kaut... penduduk kat kg tu tak perlu bersalam kaut dgn tuan rumah.. ada kaunter untuk menyerahkan duit2 ' becehan' ni.. siap rekod lagik.. brpa RM menyumbang.. setiap RM 10 akan diberi hadiah 5 biji telur mentah... ini lah pengalaman pertama kali dlm hidup.. seronok gak tgok gelagat mmsing tu.. lastly bukan sibuk tgok pengantin sibuk tgok kaunter hot ni.. sedara2 n kwn2 rapat tak yah lah dtg ke kaunter ni.. boleh trus bersalaman dgn tuan rumah....

Wednesday, November 26, 2008

Nasi Goreng..

Dinner..simple jer..nak perabis nasi smlm dalam esbok.
pas ni cuti sementara dok kat dpur..
esok hingga 30 Nov nak bawa anak2 gi bcuti.. ke mana tu.. lum final lagik nak gi mana.. rasa nak ke Cherating ada, nak ke PD ada, nak ke KL pun ada.. cuaca pun tak brpa baik..hujan mcm nak banjir ....ikut jerk ler HB nak bawa ke mana..

Lunch di McD....

Hari ni melayan anak bujang ku yg sibuk nak jumpa kwn2 nye di Summit Parade.. so sementara menunggu si bujang tu layan syamira kat sini..bertambah tembam ler anak dara ku tu..baby effen..baby effen..

makan McChicken n ayam greng McD..

Paratha Puff

Hehehe.. tak boleh tahan tgok paratha puff ni kat dpr hana tu..tgok tu smpai tersalah beli roti canai segera tu.. terbeli yg gandum tulen punyer..apa pun rasa mmg sedapppppppp tuk brkfast pagi tadi...mkn espc masa panas2...bab nak buat filling mmg malas so stok sosej byak lak..so layannn..rspi asal oleh checkmate di MYR.. TQ check..rspi telah diubah suai

Bahan-bahan
roti canai segera- guna brand "Kawan"
Sosej kecil secukupnya -direbus sebentar
1 biji telur-pukul sikit
butter utk menggris

Cara-cara
1. potong paratha kepada 4 bhgn
2. letakkan sosej n gulong.
3. susun atas tin yg telah dilenser
4. sapu telur rata2 hiris2 atasnyer dgn pisau n bakar pd suhu 180c selama 15-20min

Hadiah Noorsha

Ni hasil kerja merayau kat blog noorsha.. dapat bawak balik mende ni..teringat kat rmh mak d kg..berkeliaran bila ptg or slps hujan..kat utan dah tak leh survive so kene le jln2 kat kg..kekdg tu anak beranak cucu cicit cam main roller coaster kat atas kabel telefon .. TQ noorsha atas hadiah comel ni...

**Sapa yang dapat award ni bolehlah letak dalam blog masing-masing.
**Link semula kepada orang yang bagi award ni kat korang
**Bagi award ni kat 7 orang yang bertuah.
**Tinggalkan lah mesej pemberitahuan yang korang dah bagi award kat tuan punya.

Nak beri pada sapa lagik ni.. fenin2 ..
1. Hazila
2. Ladyell
3. Alongroz
4. Edazman
5. Syazwani
6. sapa2 yg sudi....ikhlasss

Tuesday, November 25, 2008

Puding Labu

hahaha..ni lah last hasil kerja kat dapur ari ni..mlm tadi merayau kat Carefour jumpalah si labu kecik molek ni..90 sen jer sebijik.. HB suruh buat pengat..tapi pandai2 jerk try buat puding labu..rspi dr MYR gak oleh Alongroz yang cun n teror memsk..pandai2 jer pi kukus labu ni..45 minit.. bhg tengah dah msk tapi lum set..rspi copypaste jer ni Along.. TQ Along

Bahan-bahan ( 1 biji labu kecil )
1 biji labu kecil yg cukup masak (diameter lebih kurang 4-5 inchi) -
Agak2 1/2 peket santan intant (tuang air dlm labu pas tu ukur brp ml ..hehe..nak tau brp isipadu..cam experimen dlm lab gitu..)
2 biji telur
2 sudu mkn tepung gandum
4 sudu mkn gula - kalau nak lebih manis boleh tambah lebih
1/4 sudu teh garam (lupa nak letak.. tapi boh esen vanila)


Cara-cara
1. Labu di cuci bersih & kemudian potong bahagian atas nya. Korek biji di bahagian dalam nya.
2. Santan, telur, tepung, gula & garam di pukul sehingga sebati. Tuangkan ke dlm labu tadi. 3. 3.Letakkan tutup nya (tangkai labu mesti dibuang )
4. Masak dlm microwave suhu "High" selama 5-7 minit i.e. lepas 5 minit check & tambah every 1 minit. Kalau puding nya masih belum set/keras, buka tutup nya & masak lagi 2-3 minit
. (Kukus smpai masak.. kurang 45 minit kot..)
Yang ni utk dik Ina Jepun tu....

Iced Chocolate

Minuman yang sedapppp n menyegarkannn.. rspi oleh Maya di MYR.. TQ Maya

Bahan-bahan
Hersheys chocolate syrup
Magnolia fresh milk


Cara-cara
1. Masukkan hersheys syrup ke dlm gelas. Biarkan dia mendap.
2. Tuang fresh milk slow2. Masukkan ice cubes.
3. Kalau ade whiped cream semburkan.

Blueberry Jam Muffin

Saja post pic byk2..nak bagi terliuq pada kengkwn yg dtg sini... mcm kemaruk muffin lak minggu ni..kali ni buat breakfast pagi tadi.. 2x buat..fisrt round tuk anak2.. n 2nd round tuk breakfast akak2 yg keje mengendap kat ofis skool tu...jgn marah... keja rajin2 ye..klau rindu buka jer pintu dzanariah tu...
kali ni mencuba rspi Yani di MYR.. mudah menyediakannya.. TQ Yani berkongsi rspi ini..copypaste jer ni

Bahan-bahan ( 12 biji- small size )
70g butter-suhu bilik
60g gula
1 biji telur-suhu bilik
2-3 titik esen vanila
4 sudu besar susu segar
100g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
blueberry jem secukupnya.

Cara-cara
1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
4. Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.

Monday, November 24, 2008

Makannnnn....

Tekak ni ttiba rasa nak mkn bubur lak..so layan bubur ayam di WI, Batu Pahat...
My favorite..roti nan yg dibakar dlm tempayan rega RM 1.20 ...sedappp mkn panas2..

Bubur ayam... Rm 3.50 jerk..

Bubur ayam lagik..

Otak-otak..berkeping2 pun tak cukup.. 50 sen sekeping...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin